Monday, July 18, 2016

Ekoran Tiada Gambar Raya Bersama Isteri, Isey Fazlisham Jelaskan Kedudukan Sebenar!

post-feature-image

Pengacara dan pelawak Isey Fazlisham menjelaskan dia dan isterinya Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 24, masih lagi pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, Isey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 29, mengakui rumahtangga yang dibina kira-kira setahun empat bulan kini berhadapan dengan masalah.
"Kami masih lagi suami isteri, cuma buat masa sekarang kami tinggal berasingan dan dia sekarang berada di Kelantan kerana menguruskan perniagaannya.
"Namun, saya akui memang hubungan kami ada masalah sedikit dan buat masa ini kami ingin mengambil masa untuk diri sendiri buat sementara waktu," ujarnya kepada mStar Online.
Isey dihubungi bagi meminta penjelasan tetang status rumah tangga yang didakwa sudah pun berakhir. 

Ekoran Tiada Gambar Raya Bersama Isteri, Isey Fazlisham Jelaskan Kedudukan Sebenar!

Pengacara Mentor Milenia itu juga dikatakan tidak lagi memuat naik gambar bersama seperti sebelum ini dan hanya meraikan Aidilfitri bersama keluarga tanpa kehadiran isterinya.

Namun, anggota kumpulan Titan ini, enggan mengulas lanjut punca sebenar hubungan tersebut bermasalah.

Tambahnya, buat masa ini kedua-dua mereka dalam tempoh untuk muhasabah diri dan sedang memperbaiki hubungan tersebut.
"Kami perlu masa dan mencari kelemahan serta dalam usaha untuk memperbaiki hubungan ini. Saya harap semua mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.
Pasangan ini diijab kabul di kediaman pengantin perempuan di Kampung Bakat, Machang, Kelantan pada 19 Mac 2015 setelah sembilan bulan berkenalan di laman sosial Instagram.


Sunday, July 17, 2016

3 Gambar Wajah Isteri Kedua Adi Putra


Adi Putra kini terpalit satu kontroversi yang mengejutkan industri hiburan tanah air apabila dikatakan sudah berkahwin dua.

Sehingga kini tiada respon balas dari tuan punya badan yang mengambil sikap berdiam diri tentang kisah perkahwinannya ini.

Tetapi Adi Putra membuat keputusan mengejut apabila membatalkan majlis sambutan hari raya bersama peminatnya semalam selepas berita perkahwinannya tersebar.

Malah isteri pertamanya iaitu Aida juga tidak tahu menahu tentang hal ini.

Namun melalui portal Astro Gempak, beberapa gambar yang lebih jelas menunjukkan wajah isteri kedua Adi Putra ini.

Jom lihat gambar wajah isteri kedua Adi Putra:




Saturday, October 31, 2015

Thursday, August 29, 2013

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan





Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lainmenyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu, Jibrail as memandang dirinya sendiridan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yangbermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail as berdiri sertasolat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.’

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “YaTuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermak!sud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilahJibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh.

dari beberapa perpuluhan yang telahKu berikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.